Monday, May 08, 2006

All about THE X-FILES (1993-2002)

Sebelum anda membaca lebih lanjut, sila pastikan yg anda:
a) Minat menonton siri2 penyiasatan / detektif.
b) Berminat dgn perkara2 paranormal, alam ghaib, & misteri.
c) Berminat dgn dunia perubatan, forensik, & sains fiksyen.
d) Berminat dgn kajian astronomi dan angkasa lepas.
e) Berminat dgn undang2 & sejarah.
f) Kurang minat scene2 romance / romantik / jiwang

Jika anda memiliki kesemua kriteria2 di atas, anda secara automatik LAYAK utk menyelongkar misteri siri The X-Files!

Get close with The X-Files
Apa itu X-Files?
Kalau anda kaki menonton siri TV Hollywood khasnya, siri popular The X-Files sudah semestinya tak asing lagi. Walaupun telah lebih 5 tahun siri ini tidak menjengah kaca TV setelah ditamatkan pada tahun 2002, namun The X-Files boleh dianggap sebagai suatu ledakan kpd genre sains-fiksyen. Siri ini pernah menang banyak anugerah sebagai siri TV paling popular di pertengahan tahun 90-an. Boleh dikatakan The X-Files adalah siri yang menerima rating penonton paling tinggi di dunia. Masa tu memanglah zaman kegemilangan siri The X-Files ni. Tak hairanlah mengapa siri ini mampu bertahan selama 9 tahun menerusi 9 musim (9 seasons). Sungguhpun begitu, tak dinafikan ada antara penonton yang kurang berkenan dengan siri ni… cerita entah apa2… tergantung… tak ada ending… dan macam2 lagilah alasan yg diberikan jika kita bertanya kenapa tak suka menonton X-Files! Sebenarnya ini adalah salah satu elemen unik yang dimiliki siri kesayangan ramai ini.
Bagi anda yang masih tertanya2 apa keistimewaan siri ni, diharapkan thread khas ini akan memberikan jawapannya. Apa itu X-Files atau Fail X? Pasti ramai yang fikir semua ni 100% rekaan Chris Carter, iaitu org yg bertanggungjawab mewujudkan siri ini ke layar perak. Logiknya X-Files atau Fail X memang wujud di alam realiti. Jadi, siri X-Files bukanlah hiburan kosong yg nak kelentong pemikiran penonton. Siri ini dibuat berdasarkan fakta kes2 sebenar paranormal yg masih tidak dpt diselesaikan oleh pihak2 berkuasa spt FBI dan CIA khususnya.
Chris Carter ternyata berani mengetengahkan ideanya dalam memikirkan apakah jawapan di sebalik kes2 fail X yg sebahagian besarnya membingungkan. Menerusi siri ini, Chris Carter memasukkan elemen2 makhluk asing & konspirasi kerajaan yg cuba merahsiakan penemuan makhluk asing berikutan kejadian hentaman komet besar di Roswell pada tahun 1947. Dari kejadian tersebut, Chris bijak mengembangkan plot siri ini sehingga penonton juga mampu terpengaruh dgn idea2 kemungkinan apa yg cuba disampaikan oleh Chris adalah hakikat sebenarnya! The X-Files adalah siri yg bukan saja menghiburkan, tetapi dlm masa yg sama mengajak kita berfikir merentasi batas pemikiran normal manusia… selamat datang ke dunia paranormal!
Jika anda menonton opening kredit musim awal siri ini, pastinya kita terperasan… hanya ada 2 watak utama yg diletakkan. Watak ejen khas FBI Fox Mulder meminjam keterampilan pelakon David Duchovny, manakala pasangannya ejen khas Dana Scully meminjam perawakan Gillian Anderson. Chris Carter bijak mengolah watak ejen Mulder & Scully sehinggakan kita berasa seolah2 dua ejen khs FBI ini benar2 wujud. The X-Files pertama kali menemui penonton di skrin TV di USA pada 10 September 1993 menerusi episod pertamanya, Pilot. Menerusi episod ini watak ejen khas Mulder & Scully dipertemukan.
Genre: Science fiction, drama
Running time approx.: 42 min (per episode)
Creator(s): Chris Carter
Cast: David Duchovny, Gillian Anderson, Robert Patrick, Annabeth Gish, Mitch Pileggi, Nicholas Lea,
Country of origin: USA
Original network/channel: FOX
Original run: September 10, 1993 – May 19, 2002
No. of episodes: 201 (as originally aired)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites