Monday, May 15, 2006

Rentak Juara 2006

Rentak Juara 2006 telah bermula pada 8 April 2006. Rancangan yang bakal mencungkil bakat-bakat baru dalam arena muzik di Malaysia, khususnya bagi kumpulan muzik (band). Rancangan yang berupa realiti TV ini telah pergi ke serata negeri di Malaysia untuk mengadakan ujibakat bagi membolehkan ramai kumpulan muzik untuk menyertainya. Dan ianya tidak terhad kepada negeri-negeri tertentu sahaja. Pada tahun 2004, kumpulan Thunderstorm telah berjaya menjadi Juara dalam pertandingan tersebut. Jeraul amat meminati rancangan seperti ini kerana, ianya dapat menambahkan skill dalam bermain alat muzik dengan menonton para peserta yang bertanding.
Objektif Rentak Juara
Melahirkan penyanyi & pemuzik yang berkualiti
Memupuk semangat bertanding secara sihat
Mempelbagaikan bidang seni popular, dengan mengetengahkan bakat-bakat pemain kugiran amatur yang ada.


Konsep
Melibatkan kugiran tempatan – amatur
Bahasa perantaraan – Bahasa Malaysia
Lagu wajib – Bahasa Malaysia / ciptaan tempatan / sendiri
Lagu yang dibenarkan – irama pop komersial, balada, rock, R&B, jazz, dangdut & pop tradisional
Tidak dibenarkan – trash, underground, alternative, heavy metal
Penilaian – panel penilaian juri bebas
Teknologi sms – dari suku akhir ke peringkat akhir – kumpulan paling popular
Skim pemarkahan – Vokal, Kepakaran Bermain Alat Muzik, Persembahan & Penampilan
Dikendalikan oleh 2 orang pengacara

Syarat Uji Bakat
1. Warganegara Malaysia
2. Tiada had umur
3. Mengisi dengan lengkap borang penyertaan
4. Membawa 2 salinan kad pengenalan (setiap ahli)
5. Sekeping gambar warna kumpulan, saiz poskad
6. Belum pernah merakam album / menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman
7. Keanggotaan kumpulan – 5 hingga 15 orang (termasuk penyanyi)
8. Setiap individu hanya dibenarkan menganggotai satu kumpulan muzik sahaja
9. Asas kumpulan : pemain drum, gitar utama, gitar kedua, bass, keyboard. Tambahan alat-alat muzik seperti tiupan, bertali, percussion dan sebagainya dibenarkan
10. Membawa sendiri ‘hand instrument’
11. ‘Minus one’ dan ‘pre-programmed sequencing’ dalam keyboard TIDAK DIBENARKAN
12. Kumpulan yg berjaya akan dihubungi dan diwajibkan mematuhi segala garis panduan dan syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan oleh RTM

Para peserta yang telah berjaya ke Suku Akhir Rentak Juara 2006 Pada kali ini ialah terdiri daripada :
Episod 1 : (8/4/2006)
1.)
Heritage (Sabah)
2.)
Enigma( Perak)
3.)
Mary Me Jane(Kuala Lumpur)
4.)
Matta(Negeri Sembilan)
5.)
Musang Berjanggut( Pahang)
Kumpulan Matta dan Musang Berjanggut telah layak ke Pusingan Separuh Akhir.

Episod 2 : (15/4/2006)
1.)
Absolute Vibes(Sabah)
2.)
D'Organizer(Selangor)
3.)
RollPie(Terengganu)
4.)
StarDuzz(Perak)
5.)
Serasi(Pahang)
Kumpulan Starduzz dan Serasi telah layak ke Pusingan Separuh Akhir

Episod 3 : (22/4/2006)
1.)
Island Twister(Labuan)
2.)
Pitchstone(Selangor)
3.)
The Road Block(Pahang)
4.)
MidWave(Perak)
5.)
Dorian(Selangor)
Kumpulan Island Twister dan Pitchstone telah layak ke pusingan Separuh Akhir.

Episode 4 : (29/4/2006)
1.)
Plug-N-Play(Sarawak)
2.)
JB-Station(Johor)
3.)
Karisma(Kedah)
4.)
TLG( Perak)
5.)
Duke( Kuala Lumpur)
Kumpulan Karisma dan TLG telah layak ke Pusingan Separuh Akhir

Episod 5 : (6/5/2006)
1.)
Cermin(Sarawak)
2.)
Scarface(Kelantan)
3.)
Scavia(Pahang)
4.)
V-Six( Kedah)
5.)
Rocket(Kuala Lumpur)
Kumpulan Scarface dan Scavia telah layak ke pusingan Separuh Akhir

Episod 6 : (13/5/2006)
1.)
Fenomena(Selangor)
2.)
Love Machine(Kedah)
3.)
D'Frontier(Kuala Lumpur)
4.)
Mistaken Identity(Johor)
5.)
Firegolem(Kuala Lumpur)
Kumpulan Love Machine dan Fenomena telah berjaya ke Pusingan Separuh Akhir.

Bagi Kumpulan yang layak ke Pusingan seterusnya melalui Undi Sms ialah,
Kumpulan Heritage, Absolute Vibes, The Road Block, Duke , D' Frontier dan V- Six.

Updated 9 Jun 2006 by hantujeraul:

Bagi kumpulan yang berjaya melangkah ke pusingan seterusnya melalui undian SMS, mereka telah sekali lagi bertanding dalam satu pusingan yang telah diadakan pada 20 Mei 2006. Dan keputusannya adalah, Kumpulan Duke dan D' Frontier berjaya melangkah ke pusingan akhir.

Pusingan Separuh Akhir yang telah diadakan pada 27 Mei 2006 dan 3 Jun 2006 telah melayakkan Kumpulan Fenomena, Musang Berjanggut, Starrduzz, D' Frontier, Love Machine dan Matta berjaya layak ke Pusingan Akhir.

Updated 26 Jun 2006 by hantujeraul

Kumpulan Fenomena berjaya menjadi Juara Rentak Juara 2006. Sambil Vokalis kumpulan tersebut diishtihar sebagai vokal terbaik. Tahniah di ucapkan kepada kumpulan Fenomena.....You all rocks...

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites