26.5.2006 , aku ambil cuti kerja. Tujuan aku adalah untuk mengikut member, Iss, untuk guide pelawat dari semenanjung. Aku keluar rumah pikul 7.30 am dan terus pergi ke rumah Iss. Adalah aku bekal sikit2 baju untuk bekalan aku nanti. Dari rumah si Iss ni, kami bertolak ke Hotel Penrissen Inn untuk mengambil pelawat tersebut. Pukul 8.40, kami sampai di Penrissen Inn, pelawat tu dah lama tunggu kat tangga hotel, dengar kata diaorang Iss janji nak ambil pukul 8.00..Apalagi kena sindirlah ....Seterusnya destinasi kami ialah ke restoran di Satok untuk breakfast.
Sebenarnya pelawat ni telah datang ke Sarawak 4 hari sebelum ni. Iss yang bawa diorang pergi ke serata tempat di Sarawak. Sibu, Sarikei, Kapit, Miri dan Bintulu. Sematan merupakan destinasi terakhir mereka di sini sebelum balik ke KL. Kedatangan mereka ke sini adalah atas urusan Bisnes.
Selepas Breakfast, Kami seterusnya pergi ke Pasar Satok untuk membeli Ikan Terubok Masin dan sayuran untuk bekalan makan tengahari nanti.
Kami meneruskan perjalanan ke Sematan bermula pukul 10 pagi. Pada pukul 10.50 kami singgah di sebuah rumah di Kpg. Gerunggang Lundu. Aku dan Iss tinggalkan mereka di situ untuk berehat dan makan. Lagipula salah seorang dari mereka merupakan menantu kepada tuan rumah tu. Seterusnya aku dan Iss terus pecut ke Sematan untuk survey tempat penginapan yang bakal kami bermalam nanti. Setelah bertanyakan beberapa tempat penginapan. Kami berdua telah memilih Palm Beach Resort untuk menjadi destinasi kami. Selain harga yang berpatutan , tempat ini juga cantik dan best. Yang paling penting bagi kami ialah kami nak berkayak petang ni...heheheh...
Kami Check in di Palm Beach Resort ni pada pukul 3.30 petang. Pelawat yang kami bawa ni menyewa di Detached Chalet, sementara aku dan Iss pula di Quadraplex Chalet. Sebelumnya pelawat tersebut iaitu En. Amin telah mengoffer kami berdua untuk sekali bersama mereka. Tapi kami berdua menolak. Tujuannya bukan apa, kami berdua taknak menganggu vacation mereka...Orang baik katakan....
Di petang harinya lebih kurang pikul 5 petang, operasi berkayang dan menyelam di PAntai Sematan bermula....heheheheh...baru 20 minit , aku dan Iss surrender berkayak...penat... Sewa kayak kat situ..sejam Rm20. Sempat lah jugak aku mengambil gambar di beberapa scene di resort ni
Pagi 8.30, 27.5.2006 kami check out. Hari ini adalah hari terakhir pelawat yang kami bawa ni di Sarawak. Mereka akan bertolak ke KL pukul 2 nanti. Sebelum balik, kami singgah di Lundu untuk membeli Keropok Ikan. Seterusnya destinasi kami terakhir ilah shopping di Waterfront.
Tepat pukul 1.00 tengahari aku dan Iss menghantar mereka ke Airport Kuching...Bye....Semoga berjumpa lagi...
Journey aku dan Iss weekend ni sebenarnya belum baerakhir lagi. Mengikut kata Iss, malam ni ada 16 orang akan menyewa vannya untuk pulang menyambut hari Gawai di Kanowit, Sibu. Aku apalagi, join ajelahh.. Sebelum tu, Iss telah booking Van Kawan dia untuk bersama-sama menghantar ke Kanowit. Aku biasalah, jadi penumpang duduk sebelah driver. Kami bertolak dari Kuching pukul 8.00 malam. Di pertengahan jalan, kalau tak silap aku di arean Jalan Sebangkoi. Iss telah surrender driving. Member dah mengantuk rupanya.. Mana tak...jeles dia tengok orang sebelah hentam tidur..he..he..he..akulah tu... Jadi terpaksalah aku mengambil alih tugas memandu. Seperti biasa aku pandulah van si Iss ni cam aku pandu kereta aku kat rumah tu...sejuk wooo..kalau tak silap aku pukul 2 pagi dah... Jalan awal pagi ni dengan kiri kanan hutan seram sejuk juga aku di buatnya. Dah lah jarang kereta melimpas.. Setelah bersengkang mata , kami sampai di Kanowit pukul 3.50 pagi, waktu tu pasar Kanowit belum hidup lagi ( masih sunyi dan gelap). Setelah penumpang keluar, aku dan Iss mengambil keputusan untuk tidur saja dalam van.
Pada pukul 7.30, kami berdua mula bertolak ke Sibu. Di Sibu, setelah beberapa kali pusing di bandar tu...kami berdua terus pergi ke Kpg. Masjid untuk tidur sekejap. Ada rumah member Iss kat situ. Sampai je kat rumah tu...kami terus ke bilik tidoo...cam rumah sendiri plak..
Pada pukul 1.00 Tengahari selepas mandi dan makan, kami berdua pun bertolak untuk balik ke Kuching. Sebelum tu kami singgah di Wisma Sanyan untuk bershopping. Aku window shopping jer...dah tak der duit daaaa....Pukul 2.15 petang kami terus pecut ke Kuching. Sampai di Simpang Sri Aman, kami berdua singgah sbentar untuk minum dan makan. Sempat jugaklah aku ayat awek kat situ. Siap ada respond lagi....rasa nak singgah lagilah kat sini kalau ada masa nanti. Sayang pulak tak ambil gambar tadi.
Akhirnya ...tepat pukul 7.45 malam...Aku dan Iss selamat sampai di Kuching. Alhamdulillah...Aku tak singgah lama kat rumah Iss ni. Berhenti jer van kat garaj..aku terus ambil motorsikal aku untuk pulang ke rumah....dalam kepala otak aku ..takder benda lain..Perlawanan Myteam dan Konsert Prelude AF 4 jer....
Pukul 8.20 aku sampai di rumah dan seterusnya journey aku minggu ni pun berakhir....heheheheh
Nantikan journey yang seterusnya..... Click DISINI untuk melihat gambar.
0 comments:
Post a Comment