Monday, May 29, 2006

My Team VS Malaysia

Malam tadi tepat 8.45 malam waktu Malaysia, bermulalah sejarah unik bolasepak negara dengan adanya perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan MyTeam. Ibarat abang bertemu adik, perlawanan semalam banyak menampilkan skill individu yang menarik dari kedua-dua pasukan.
My Team telah berjaya mendahului pasukan Malaysia 1-0 apabila pemain sayap mereka Arun (pemain terbaik perlawanan) berjaya menjaringkan gol pertama yang nampak seakan-akan mahu memberi umpanan kepada rakan, lalu menerjah jaring pintu gol Malaysia. Pasukan Malaysia yang di wakili oleh Pasukan bawah 20 tahun pada mulanya memasukkan pemain senior negara iaitu Khaironnisam, Indra Putra dan Nanthakumar pada separuh masa pertama nampak tidak begitu memberangsangkan. Mungkin tiada keserasian diantara mereka dengan pemain U-20 negara. Walau pun Pasukan Malaysia berjaya menundukkan pasukan MyTeam dengan 2-1 malam tadi, ianya telah membuka mata banyak pihak dengan kejayaan pasukan MyTeam yang baru dibentuk dalam masa sebulan jika dibandingkan dengan Pasukan Malaysia yang telah bertahun-tahun membuat latihan bersama. Peminat yang membanjiri Stadium Bukit Jalil malam tadi juga menunjukkan bahawa perlawanan seperti ini lah yang dimahukan oleh rakyat. Ianya amat menyakinkan rakyat akan cara pemilihan pemain untuk mewakili negara di masa kini. Rata-rata peminat bolasepak yang datang ke stadium malam tadi kebanyakannya menyokong Pasukan MyTeam kendalian Shebby. Apa-apa pun Jeraul ucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana menonjolkan banyak aksi menarik ala samba malam tadi. Satu lagi, Pemain yang paling menarik dengan skill dan kelajuan malam tadi iaitu Fairus Alias dari MyTeam tidak patut dibiarkan sahaja oleh FAM. Ini kerana bakat beliau yang amat menonjol skill permainnannya. Sekiranya pemain tersebut dimasukkan lebih awal...Jeraul rasa My Team boleh menang pada malam tadi.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites