Friday, May 12, 2006

Fakta Aneh Tentang Filem Kungfu Cina.

Fakta Aneh Tentang Filem Kungfu Cina.
1.) Bapa hero mesti bernasib malang dan dibunuh musuhnya semasa hero masih kecil menyebabkan si hero hidup yatim piatu.

2.) Apabila seorang lelaki itu cedera parah, dia pasti sempat mengucapkan beberapa patah perkataan untuk memberitahu siapa pembunuhnya , kemudian terus terlentok dan diisytiharkan ‘ dah mati.’
3.) Pahlawan-pahlawannya boleh terbang melepasi bumbung, berlari panjat pokok dan melompat dari satu bukit ke satu bukit tanpa sebarang masalah. Tapi bila hendak ke mana-mana, pahlawan-pahlawan ini berjalan kaki atau menunggang kuda. Pelikkan?..
4.) Hero selalunya miskin papa kedana dan dalam keadaan genting, pasti ada sekeping dua duit emas atau perak diambil dari dalam kasut atau lipat seluarnya untuk membayar makanan. Itulah duitnya yang terakhir!
5.) Hero dan penyangak selalu terserempak tidak kira betapa besarnya dunia ini dan di mana mereka berada.
6.) Cukup mudah untuk menyembuhkan luka, baik luka luaran mahupun dalaman. Ia semudah duduk bersilang kaki, tekap tangan pada luka, lepas itu keluar asap berkepul-kepul dari tapak tangannya. Terus sembuh!..Fuh…magik sungguh.
7.) Boleh simpan macam-macam benda dalam lengan baju atau tali pinggang dan anehnya, benda-bendfa itu tidak akan terjatuh walau macam mana lasak sekalipun si hero itu. Antara barang tersebut ialah, duit syiling emas untuk membeli makanan!

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites