Selepas penamaan calon bagi pilihanraya Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ke 9 ini pada 9 haribulan lepas, nampaknya setiap Parti yang bertanding telah memulakan operasi memancing pengundi di kawasan yang ditanding. Di mulakan dengan perang poster hinggalah lawatan dari rumah ke rumah, kampung ke kampung Ceramah dan sebagainya.
Di depan rumah Jeraul pun dah banyak Poster yang di gantung. Tak tahulah pukul berapa diorang pasang. Bangun pagi jer tengok semua dah tergantung kat tiang lampu depan rumah. Kisah pilihanraya yang diceritakan dari kawan Jeraul sendiri membuatkan Jeraul tersenyum seorang. Kisah di kampung kawan Jeraul (dirahsiakan) , dimana bakal wakil rakyat memberi budak-budak kampung duit untuk upah menggantung poster parti mereka di tempat yang strategic. Biasalah strategi pilihanraya. Selepas bakal wakil rakyat tu balik, datang pula bakal wakil rakyat dari parti lain. Juga bagi mereka duit. Dengan syarat gantung bendera parti mereka di tempat yang sama. Apalagi budak-budak kampung dah dapat duit. Mereka turunkan bendera terdahulu dan menaikkan bendera yang baru….hehehe…lumrah dunia masa kini..duit memainkan peranan penting sekarang. Dalam pada itu Jeraul terfikir, bagi setiap Bakal Wakil Rakyat juga perlu memenangi hati penduduk dengan selalu turun ke padang.
0 comments:
Post a Comment