Selamat hari Wesak Jeraul ucapkan kepada yang menyambutnya. Seperti biasa, kalau ada masa terluang, Jeraul akan menjenguk blogs ni sambil mengedit apa yang patut. Biasalah , hari cuti2 begini, ada ajelah aktiviti yang Jeraul akan buat. Ingat malam ni nak main badminton dgn. kawan kat BDC aje malam ni. Petang semalam Jeraul sempat singgah di Kampus Tetap UNIMAS untuk mengambil beberapa Snap Gambar. Gambar yang di atas ni adalah gambar pemandangan tasik UNIMAS. Tak lama lagi akan wujudlah Panggung atas air di Tasik ni.
Yang kat atas ni pula ialah gambar External Lab. Tempat di mana Jeraul akan di tempatkan. Jauh dari Fakulti lain waima, Fakulti sendiri iaitu Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber. Tujuan dibina jauh dari fakulti lain ialah ia dibina khas bagi mengendalikan Chemical. Lagipula , pemandangan di situ juga amat menarik dengan berlokasikan di sebelah sebatang anak sungai Kuap. Mengikut kata peduduk tempatan, di anak sungai tu banyak ikan sembilang. nampaknya , aktiviti memancinglah yang Jeraul akan buat selepas waktu bekerja nanti.
Ini gambar Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), juga tempat Jeraul bekerja. Jeraul akan hanya pergi ke sini sekiranya diperlukan orang atasan dan perkara yang melibatkan pengurusan dan hal staf. Building dan Fakulti FSTS inilah merupakan yang terbesar di UNIMAS.
Walaupun masih berangan-angan untuk memeriahkan tempat kerja kami ni, namun semuanya akan menjadi nyata selepas 1 dan 2 Jun nanti, di mana kesemua alat dan barang lab kami akan berpindah ke Kampus Tetap.

0 comments:
Post a Comment