Monday, May 29, 2006

Konsert Prelude AF 4

Seperti yang telah diwarwarkan sebelumnya, Konsert Prelude Akademi Fantasia 4 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi. Tapi sayang sekali Jeraul tak dapat menonton sepenuhnya Konsert Prelude ni sebab Jeraul konsentrate dengan Perlawanan Persahabatan antara pasukan Malaysia dengan MyTeam. Dalam menyaksikan perlawanan tersebut, Jeraul sempat jugaklah tukar-tukar siaran untuk mendengar suara peserta yang bertanding pada malam tu.
Haider telah mempersiakan peluang keduanya untuk memasuki Akademi malam tadi. Dari segi penampilannya dan cara beliau membawakan lagu tersebut tidak berapa cun bagi Jeraul. Lagu yang dibawanya juga tidak membantu beliau. Sepatutnya Haider lebih bersiap-sedia dalam pertandingan ini berbanding 19 peserta lain. Peserta yang menarik perhatian Jeraul malam tadi ialah Farhan, Lotter, Faizal dan Zila. Peserta fav. Jeraul malam tadi Amirul agak mengecewakan kerana gagal mencuri tumpuan juri. Namun beliau tetap dapat melangkah ke Akademi melalui undian SMS. Salima...gadis bertudung, Jeraul tak tahu mengapa Astro ambil dia untuk ke Akademi. Nyanyian beliau bagi pendapat peribadi Jeraul, biasa-biasa saja (sorrylah bagi peminat Salima). Peserta lain rasanya lebih layak. Lagipula, bagaimana dengan rentak lagu yang agresif ....dapatkah beliau membawakannya dengan imej tersebut. Agak tidak adil bagi peserta lain sekiranya lagu tidak dipelbagaikan kepada peserta-peserta tertentu. Peringatan...ini hanya pendapat peribadi Jeraul....tiada kena mengena dengan pendapat orang lain. Rich merupakan peserta Fav bagi undian SMS....tapi dari segi vocal beliau..belum menampakkan pengawalan yang baik. Berikut adalah senarai peserta yang berjaya melangkah ke AKADEMI FANTASIA 4.
1.) Rich
2.) Faizal
3.) Salima
4.) Lotter
5.) Diddy
6.) Velvet
7.) Karen
8.) Haziq
9.) Zila
10.) Farhan
11.) Amirul (Undian SMS)
12.) Nora (Undian SMS)

Lagu-lagu yang dipersembahkan malam tadi pula ialah....
Rich - i'll be ( Edwin McCAin)
Faizal - Pelangi Petang (Sudirman)
Zila - Rindu (Rhoma Irama versi Meggi Z)
Tasha - Sangkar Emas (Endang S Taurina)
Haziq - Umpan Jinak di Air Tenang (Ahmad Jais)
Nora - Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (Uji Rashid)
Farhan - Route 66 (Natalie Cole)
Karen - Dimuara Sepi (Fauziah Latif)
Liya - One Thousand Million Smile (Sudirman)
Lynn - Kau Pergi Tanpa Pesan (Zaleha Hamid)
Lezz - Kasih (Ermy Kullit)
Velvet - Naluri (Hadirlah Kasih- Nora)
Salima - Syurga di Telapak kaki Ibu (Aishah)
Hazama - Zakia (Ahmad Albar versi Sweet Charity)
Haider - Untukmu Ibu (Exist)
Lotter - Sunday Morning (Maroon 5)
Amirul - Biru (OAG)
Jeff - Picture Of My Life (Jamiroque)
Diddy - Mimpi yang Tak Sudah (Ibnor Riza)
Shaz - Mungkir Bahagia (Hazami)
Good Luck kepada yang berjaya melangkah ke Akademi.....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites