Saturday, May 13, 2006

Hari angkut- mengangkut

Heheeheh....pagi tadi bermulalah operasi angkut mengangkut barang lab dari kampus sementara ke Kampus Tetap. Dahlah malam tadi tidur lambat sebab tengok cerita Man in the Iron MAsk, lepas tu pukul 4.00 pagi pulak terpaksa pergi ke Pasar Ceko untuk beli sayur. Operasi mengangkut barang lab ni melibatkan 3 tempat utama, iaitu Muzium Haiwan, Makmal Pengajaran 1 dan 2. Ok lah jugak, ada ramai pembantu yang terdiri dari pelajar fakulti sendiri. Semasa Jeraul ditugaskan menjadi AJK Air bersama Husal, kami berdua terpaksa pergi ke kedai untuk membeli gula dan air batu. Untuk air batu tiada masalah sebab banyak kedai offer, masalahnya di sini ialah gula. Betul ke gula kat Kuching dah habis? Jauh kami driving dari kampus, nasib ada satu kedai tu dekat area Kpg. Kuap ada jual gula. Itu pun tokey bagi hanya 1 Kg. Ah lantaklah korang..manis ke tak..aku peduli hapaaa....janji tugas aku dah jalan..

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites