Monday, May 22, 2006

Tirai Akademi Fantasia 4.


Jeraul tak sempat tengok permulaan Tirai kali ni..sebab lambat balik dari bermain badminton...tapi nasib baik member ada inform Jeraul tentang Tirai Akademi musim ke 4 ni...
Tirai Akademi Fantasia mengimbas kejayaan bintang-bintang AF yang lepas. Kejayaan Juara Akademi Fantasia, Vince, Zahid dan Mawi antara yang menjadi perhatian dan dibualkan oleh ramai orang sejak mereka dinobatkan sebagai pemenang. Antara kejayaan yang dikecapi oleh bintang-bintang AF termasuklah di peringkat Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah ERA dan mencatatkan penjualan album yang tinggi.

Kejayaan mereka tidak terhenti sekadar di bidang muzik, tetapi juga dalam bidang lakonan. Ini termasuklah bintang-bintang seperti Vince, Khai, Zarina, Bob, Adam dan beberapa lagi.

Selain daripada itu, bintang-bintang AF turut mendapat pengiktirafan sebagai jurucakap dan model untuk produk-produk seperti Green Love, Proton, BOH Tea, Soy Talk, Mamee Slrrpp, M-Mobile, Canon dan Power Root.

Sesi ujibakat Akademi Fantasia 4 telah diadakan di 7 lokasi dan menerima kehadiran lebih 7000 orang peserta. Bilangannya semakin bertambah dari 250 orang untuk AF1, 2800 pada AF2 dan 3970 sewaktu musim ketiga. Pelbagai gelagat dapat dillihat pada sesi ujibakat tersebut.

Seperti Akademi Fantasia yang terdahulu, barisan tenaga pengajarnya sering mendapat perhatian media massa. Musim ini Ramli Sarip yang terkenal hampir 25 tahun bergelumang dalam bidang muzik telah dipilih sebagai Pengetua. Bermula dengan kumpulan Sweet Charity, Ramli Sarip terus mencipta nama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Ajai sebagai Guru Persembahan Vokal juga merupakan orang lama dalam bidang muzik. Bermula dengan kumpulan Exist dan terus mengekalkan popularitinya di dalam bidang penciptaan lagu.

"Akademi Fantasia musim ini kita akan terus melakukan pembaharuan dan membuat perkara baru." kata Encik Zainir Aminullah, Pengarah Program Astro. Sementara Pengurus Kanan Program Melayu Astro, Encik Khairul Anuar Salleh berharap Akademi Fantasia akan melahirkan bintang baru yang lebih diminati ramai dan kekal lama di dalam industri.

Kejutan demi kejutan dilakukan oleh Akademi Fantasia untuk notis pemberitahuan penerimaan masuk ke Akademi Fantasia. Bermula dengan Amirul yang dikejutkan dari tidur, Lotter yang menerima notisnya dalam hujan, bapa Rich yang terpaksa berlakon kereta rosak, pelbagai macam kejutan cuba dilaksanakan.

Haider menerima kejutan paling hebat apabila dikatakan silap masuk bilik teman wanita tetamu lain di sebuah hotel, rumah Nora pula diserbu, Velvet mendapat hadiah paling berharga dari Astro, Salima merasa pelik melihat krew berkamera di skrin CCTVnya, manakala kereta teman lelaki Karen akan ditarik kerana tidak dibayar.

Faizal pula dipanggil oleh bapanya kerana kereta bapanya kemalangan, kereta Haziq dilumur dengan telur, Lynn dikejutkan apabila krew menyerbu butiknya, Liya diserbu di rumahnya.

Jeff mendapat kejutannya di tempat letak kasut, Zila kononnya ada orang masuk merisik, Tasha membantu rakannya yang kononnya kereta rosak, Farhan pula dimarahi kerana lalai melakukan tugasan kerjanya, Hazama pula tidak berbaju kerana masih tidur.

Shaz yang demam mendapat kejutan dari Reza, begitu juga dengan Leez yang baru pulang dari Pulau Pinang dan Diddy diserbu di rumahnya kerana kesalahan trafik.
Seorang nenek berusia 72 tahun menceritakan pengalamannya meminati Mawi dan salah seorang cucunya turut berkongsi pengalaman yang sama. Nenek yang baru kematian suami ini berubah menjadi ceria apabila menonton Mawi di skrin TV. Begitulah hebatnya bahana AF !
Pada musim ini, para peminat AF berpeluang untuk mengundi dua pelajar pilihan mereka, seorang lelaki dan seorang perempuan untuk menjamin tempat mereka di Akademi Fantasia. Untuk
mengundi, penonton hanya perlu menaip AFPRE (NAMA PELAJAR) dan hantarkan ke 32999.Tirai Akademi Fantasia telah dihoskan oleh Nana, Farah dan Reza, bintang Akademi Fantasia yang kini merupakan Penyampai ERA dan pemenang Artis Harapan di AIM 12.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites