Monday, July 23, 2007

1957 - Hati Malaya (Heart Of Malaya)

Filem terbaru arahan Shuhaimi Baba. Lagi-lagi muka tu, lagi-lagi pelakon tu. Hehehehhe. Bukan apa, pelakon-pelakon filem ni kebanyakannya muka-muka orang kuat pengarah itu sendiri.
Rasa-rasa korang, mampu tak filem ini meraih para penonton yang ramai terutama sekali golongan remaja. Maklumlah, bukan ker dalam beberapa bulan ini kita disuapkan dengan filem-filem Hollywood yang melatop spt, Spiderman 3, Transformers, Die Hard dan Harry Potter. Terbaru pulak, filem cinta dari seberang, Love Is Cinta pun dijangka melatop di sini. Jika anda ada pendapat tersendiri, sila isi di ruangan comment. Senang sikit Jeraul nak tengok feedback anda.

Judul filem: 1957 - Hati Malaya
Pengarah: Shuhaimi Baba
Pelakon (watak):
Maya Karin (Salmi / Normala)
Rusdi Ramli (Hali / Azahari)
Mohd Kamarulzaman Taib (Tunku Abdul Rahman)
Zaefrul Nadzarine Nordin (Datuk Onn)
Noor Azhar Murad (Tun Razak)
Nanu (Datin Sharifah Rodziah)
Megat Sharizal (Tun Ismail)
Adlin Aman Ramli
Sharifah Amani
Bront
Douglas
Ida Nerina

SINOPSIS:
Semangat ‘MERDEKA’ – Pengorbanan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Melayu Negara yang memperjuangkan kebebasan Negara kita dari penjajah tidak terbatas nilainya. Oleh yang demikian amatlah penting bagi kita sebagai warganegara Malaysia untuk mempertahankan kebebasan yang telah dikecapi dengan menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab supaya masa depan anak bangsa terjamin.
Empat orang anak muda, Salmi, Razak, Ani dan Angee telah diberi tugas untuk membuat scrap book gambar-gambar tahun ‘1957’. Mereka cukup bersungguh melaksanakan tugasan yang diberi oleh publisher buku tersebut Zahari. Dalam pencarian gambar-gambar tersebut mereka menyerapkan diri masing-masing dalam karektor, detik-detik emosi dan mengenal erti sebenar pengorbanan untuk mencapai detik ‘1957’. Ketika inilah anak-anak muda ini mengenal erti sebenar maksud ‘MERDEKA’.

Kos pembikinan: RM3 juta
Tarikh tayangan (cadangan): 31 Ogos 2007

*sumber: finas & sinemamalaysia

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites