Friday, July 20, 2007

Kenali Band The Titans


The Titans adalah sebuah band pop alternative yang berasal dari Kota Kembang Bandung ditubuhkan sekitar Januari 2007. Nama The Titans diambil dari kisah legenda Yunani Kuno tentang para dewa berbentuk raksasa. Band ini terdiri dari Rizki Abdurahman (vokal), Andika Naliputra Wirahardja (keyboard), Hendra Suhendra / Indra (bass), Sonny Krisna Yudha / Onny (gitar), Utomo Haridwinanto / Tomtom (drum), Tommi Herlambang / Imot (synth & program).
Pada awalnya The Titans dianggotai Andika, Indra, Imot, Tomtom, Onny dan Bobby (vocal). Seperti yang Jeraul ketahui dan juga para peminat muzik tahu, setelah Andika dan Indra keluar dari band Peterpan, mereka kemudian mengumpulkan beberapa teman muzik Bandung untuk membentuk sebuah band muzik baru. Hasilnya, maka terbentuklah The Titans yang merupakan campuran dari beberapa band lain, seperti Imot ex Rock n Roll Mafia, Tomtom dari T-Five, Onny ex Five Minutes dan Bobby yang dulunya vokalis T Band.

Nama-nama besar yang menganggotai The Titans berupaya menarik perhatian EMI Music Indonesia untuk menyunting mereka ke dalam syarikat rakaman itu. Jadilah The Titans sebuah band yang bernaung dibawah label EMI Music Indonesia. Namun setelah The Titans baru mula masuk studio rakaman, Bobby mengundurkan diri kerana tak mahu melepaskan pekerjaannya sebagai karyawan sebuah bank nasional. The Titans kemudian mmembuat audition di Bandung untuk mencari vokalis pengganti. Rizky beruntuk kerana berjaya dalam audition tersebut dan seterusnya menjadi vokalis The Titans. Rizky walau masih seperti baru tapi sudah mempunyai pengalaman ketika menjadi vokalis band IZE, yang merupakan finalis Dreamband siri pertama.

Jeraul :- Agak-agak, mampukah The Titans menjadi seperti Peterpan.....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites