Apa pendapat korang tentang artis wanita botak?...
Dipetik dari rancangan Zikrah di KLFM 97.2 (29-6-2007 6.45 pagi) Ust Wan Sohor
Botak orang laki-laki benda biasa. Botak orang perempuan macam yang berlaku kepada isteri nabi Ayub (botak lillahita'ala). Bukan kerana nabi Ayub, kukan botak kerana nak cari populariti bukan nak buat apa-apa. Isteri nabi Ayub terpaksa kerat rambut sehingga pendek seperti lelaki kerana nak tangggung suami dalam keadaan terdesak pada masa itu (diriwayatkan pada masa itu Nabi Ayub sakit).
Sekarang ia menjadi satu populariti pulak kerana orang dibayar untuk membotakkan rambut, sebenarnya Subhanallah, kita jangan terpengaruh dengan seperti yang dilakukan oleh orang2 barat oleh pelakon2 barat yang membotakkan kepala masuk surat khabar. Kalau lelaki nak botak kepala berkali2 tidak apa.
Yang penting kalau perempuan membotakkan kepala hukum dia haram, berdosa besar, kalau dia kata nak cari rezeki bukan cara dia sekarang. Kalau kerana tugas dan nak cari rezeki itu salah. jangan main-main, orang perempuan yang membotakkan kepala kalau bukan kerana penyakit atau terpaksa, kalau dia buat itu atas dasar suka2 atau kerana tida kemaafan dari syarak, dia dilaknati oleh Allah swt.
Bukan dosa kecil tapi dosa besar dilaknati dan Allah jauhkan dari rahmat, kalau takdir dia mati selepas botak kepala dalam keadaan begitu dan tidak sempat bertaubat, Subhanallah pendek kata nak masuk neraka dalam kubur untuk dapat siksaan Allah terbuka luas sangatalah. Bukanlah saya kata Malaikat tak kenal jantan betina ketika dalam kubur, pendek kata taulah langit tinggi rendah, maknanya apa hukumnya perempuan membotakkan kepala.
Jangan terpengaruh dengan budaya songsang seperti di barat dalam surat khabar dan kita nak tiru. Masalah ini masalah redha Allah dan masalah dilaknati oleh Allah. Jangan kita bersa bangga dok berani buat benda-benda pelik.
Kisah lanjut atau lebih detail boleh dengar disini Click Zikrah07-06-29 064000http://210.19.96.24/mp3s/wimpy.php
Actually "hensem" gak si Amani ni kan.....
0 comments:
Post a Comment