Kerajaan dah buat keputusan menaikkan harga rokok kat Malaysia ni. Tak pasti plak aku berapa peratus...
Tujuan harga rokok dinaikkan adalah kerana kerajaan mahukan rakyat kurangkan merokok. Dari segi kesihatan, rokok memang merupakan punca utama saraf-saraf badan manusia menjadi rosak. Tapi dari segi realitinya, semakin menjadi-jadi para perokok tegar malah tumbuh bak cendawan selepas hujan. Setinggi mana pun harga rokok dinaikkan, kalau sudah dinamakan perokok tegar...memang susah untuk meninggalkan tabiat ini.
Bebudak sekolah sekarang pun semakin banyak yang menjadi perokok, tak kira lelaki atau pun yang wanita. Rokok yang dijual sebatang-sebatang dikedai dengan harga 50 sen sebatang menjadi antara item paling laris dijual dikedai runcit dekat sekolah. Kalau masa aku sekolah dulu... harga rokok Dunhill, 30 sen sebatang...sekarang dah 60 sen. Biasalah ...orang muda, bak kata mereka, kalau tak cuba tak bujang.
Dengan kenaikan ini, rasanya semakin banyak rokok-rokok yang berharga murah akan muncul dipasaran seperti mana kenaikan terdahulu, menyaksikan kemunculan Parkway, Luffmann, Era dan sebagainya....
0 comments:
Post a Comment