Semalam aku sempat pegi Kpg. Tambirat, melihat aksi kayuh mengayuh perahu kat situ. Kpg. Tambirat menganjurkan Pesta Regatta 2007 pada 21 dan 22 Julai 2007. Ianya di rasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak. Gambo-gambo ni, bukan aku yang amek... member aku yang snapkan. Dia pinjam camera aku untuk amik gambo dia tengah bertanding.
Aku datang semalam, dalam pukul 5 petang, pakai jalan darat. Waktu tu feri Kota Samarahan belum dapat berjalan lagi. Pukul 7.30 malam baru jalan (air pasang). Jalan kat Kpg Tambirat, masa aku sampai tu memang padat.. susah gak nak masuk area rumah kawan aku ni. Nasib tak datang awal masa acara tengah rancak bermula. Masa aku datang tu pun, pesta dah nak abis.. Kawan aku cakap, kalau awal sikit aku datang...memang mau menapak sekilometer lebih jauhnya..
Gambar atas ni, geng perahu member aku. Team diaorang tak berjaya menggondol hadiah. Maklumlah, tahun ni banyak Kpg2 dan Jabatan2 yang hebat-hebat masuk bertanding. Takperlah geng... tahun depan cuba lagi... beli perahu yang baru, letak enjin bawah perahu tu..hehehhehe.
Yang ni plak, kategori bot laju. Mesti hasil buatan sendiri. Ada banyak gak gambo dia ambil untuk bot laju ni. Member aku pun ada satu, tapi tak sempat bertanding sebab masa hari sebelum dia masuk bertanding, dia testing dulu. Tak pasal-pasal bot dia terbalik kat tengah sungai heeheheh... ringan sangat. Click http://jeraulphoto.blogspot.com for more pics.
1 comments:
hollaa...
thank you for previous gawai wish.
pls do come visit my blog again.
Post a Comment