Friday, July 20, 2007

Ning Baizura Bertunang

Tahniah Jeraul ucapkan kepada Ning Baizura dan pasangannya Omar Sharif Christopher Layton Dalton diatas pertunangan mereka malam tadi.

Antara hantaran Ning adalah sirih junjung, sejadah berserta kitab suci al-Quran, manisan, sepersalinan baju Melayu dan kain songket, tali leher, kafling, bola golf dan bekas penyimpan cerut.
Omar pula menghadiahkan sirih junjung, sebentuk cincin ditempah khas berjenama Cartier, telekung dan sejadah, manisan dan buah-buahan. Upacara menyarungkan cincin dilakukan Datin Farida Hashim, wakil pihak lelaki sambil disaksikan keluarga kedua-dua pihak.
Rombongan pihak lelaki diketuai Datuk Ramli Shamsuddin, manakala Ning diwakili Abdullah Mohd Syariff. Mengenai wang hantaran, penyanyi itu berkata, perkara itu belum diputuskan dan akan dibincangkan pada tarikh berlainan. Mengikut perancangan, Ning dan Omar akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.
Moga pertunangan mereka ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin :- Jeraul
Awan Yang terpilu........

2 comments:

kita doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

apo laaa ko ni ning anto bola golf ngan bokas curut tau la laki ko tu suko main golf sambil isap curut..lansung tak masuk dik benak akai ako ni haa...anto la benda yg masuk di akai skit...punya awal2 bunyi mcm best sejadah la ,al-quran la bunyi mcm Islamic sikit...yg pelik nyer tak pornah ako dongar olang anto bola golf ngan bekas curut..tak nampak mcm hantaran langsung la dol.....don't things like a small child..be more open minded laaa nama pon islam ...tp yg pengantin lelaki ok la pulakkan antaran nyer walaupun baru sedara baru,ni yg lahir2 dah jd islam pon tak roti2 ker nk anto benda yg ok sikit....esh3...pelik tepi benar believe it or not..ako raser motif dier utk bg tok laki dier main bola golf dier bg tu smp lobam klo bleh hole in one on the same time isap curut smp mampos kot..hilang skit tension dier klo tak hole in one ...
from persatuan hantaran kawin se-m'sia

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites