Kalah..... Oh Malaysiaku....
Di waktu ketika Vietnam, Indonesia dan Thailand (tuan rumah bersama) berbesar hati dengan keputusan membanggakan dalam perlawanan pertama masing-masing, Malaysia berputih mata dan terpaksa menerima hakikat bahawa saingan Piala Asia bukan medan sebenar kita.
China, naib juara tiga tahun lalu di gelanggang sendiri, kelihatan amat bersahaja dalam menghadapi saingan dengan pasukan Malaysia.
China amat bijak dalam mempraktikkan strategi pihak lawan. Mereka menggunakan "senjata" lambungan bola tinggi di kawasan pintu gol Malaysia, untuk memudahkan mereka menjaringkan gol... rata-rata pemain China mempunyai lebih ketinggian dari pemain Malaysia.
Jeraul, amat berbangga juga dengan pemain Malaysia, Indra Putra Mahyuddin, kerana berjaya juga menghasilkan gol saguhati setelah menggantikan Akhmal Rizal.
Apa yang nak di katakan...., beberapa pemain Malaysia diatas padang (pendapat Jeraul sahaja, tiada tujuan menjatuhkan) seperti tidak layak untuk menyarung jersi kebangsaan. Hanya pemain seperti Indra Putra, Norhafiz dan Khaironnisam yang betul-betul boleh digelar pemain kebangsaan dari pandangan mata saya. Harapan agar dimasa hadapan... semoga pencarian pemain kebangsaan diteliti sewajarnya. Penonton sudah muak dengan corak permainan negara sekarang. Walau kalah sekalipun, permainan cantik dan semangat juang yang tinggi perlu juga ada...barulah para peminat akan sentiasa menyokong. Lihat saja di Stadium Bukit Jalil malam tadi... masih banyak tempat kosong yang boleh diisi ribuan lagi penonton...
Sekiranya Malaysia dapat mengatasi China malam tadi... Jeraul boleh gerenti pertemuan dengan Uzbekistan, bakal menyaksikan segerombolan para penyokong yang ramai ke Stadium..... Salammmmmm...
0 comments:
Post a Comment